Ya,sesungguhnya aku terluka. Berhari hari diam diam tanpa ada khabar berita. Aku hanya mampu mendoakan keselamatan dia. Walaupun mungkin dia tak pernah sedetik pun memikirkan pasal diri aku. Ya,aku insan yang lemah,yang terngiang ngiang terima dugaan. AKu hanya mempunyai sahabat utk menasihata aku mn baik dan buruk. Hati nie terasa dicucuk bak sembilu. Tapi aku masih sayangkan dia. Tapi aku tidak tahu sejauh mana kasih sayang aku untuk dia akan pergi. Ya,aku menumpang kasih sayang. Insyaallah mungkin ada hikmah yang menanti disebalik kesakitan yg aku rasa sekarang. Mungkin ada yg lebih baik dari dia. Mengenali dia adalah satu pengalaman dan kebahagiaan. Tapi kebahagiaan aku tak lama,hanya sementara. Aku berterima kasih pada dia kerana beri peluang untuk aku kenali dia. AKu tak pernah menyesal. Mungkin ini yg terbaik untuk aku dan dia. Apa pun yg dia lakukan,tak mudah untuk aku membenci dia. Siapa aku untuk bencikan dia,yang bertakhta di hati aku selama ni.
Malah aku amat sayangkan dia. Terlampau mencintai dia lebih daripada nyawa aku sendiri. Ya,aku redha dengan segala ketentuan Ilahi. Bahagiakan dia sepertimana Kau bahagiakan umatmu yang lain Ya Allah. Bahagiakan dia walaupun bukan bersama aku. Aku sanggup berkorban demi kebahagiaan dia. Cinta dan pengorbanan. Walaupun kebahagiaan aku sendiri tak terbina. Dengan izin Allah,aku sanggup tunggu sampai nafas aku yg terakhir. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment